Dasar Privasi: MOEIS Stop Centre
Kemas kini terakhir: 24 Oktober 2026
MOEIS Stop Centre ("extension") ialah alat bantu bebas untuk guru bagi mengisi PBD, UASA, ulasan, kehadiran dan PAJSK murid di portal SPPB/idMe. Ia bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Data yang dikumpul
Extension tidak mengumpul, menyimpan di pelayan atau menghantar sebarang data peribadi atau data murid kepada pembangun atau mana-mana pihak ketiga. Tiada analitik, pengesan atau iklan. Extension tidak membuat sebarang permintaan rangkaian sendiri (tiada fetch, XHR, beacon atau WebSocket) dan tidak memuatkan kod luar.
Cara data diproses
- PBD dan UASA: fail Excel/CSV atau data yang ditampal guru dibaca sepenuhnya di dalam pelayar. Nama, ID pengenalan, markah dan TP hanya digunakan untuk mengisi halaman yang sedang dibuka dan dipaparkan dalam panel pada skrin guru. Data ini tidak disimpan selepas halaman ditutup atau dimuat semula.
- Kehadiran: teks senarai WhatsApp yang ditampal guru mengandungi nama murid dan sebab tidak hadir (termasuk maklumat kesihatan seperti demam). Teks ini diproses dalam pelayar sahaja. Ia disimpan sementara dalam memori pelayar (chrome.storage.session) supaya tidak hilang apabila panel ditutup, dan dipadam apabila Chrome ditutup atau butang Kosongkan ditekan. Ia tidak ditulis ke cakera.
- PAJSK: fail Excel template PAJSK atau fail CSV/Excel sendiri guru (dipetakan lajurnya dalam panel) mengandungi nama, ID pengenalan dan maklumat penglibatan kokurikulum murid. Fail dibaca dalam pelayar sahaja. Data yang dibaca disimpan sementara dalam memori pelayar (chrome.storage.session) supaya boleh digunakan antara halaman murid, dan dipadam apabila Chrome ditutup atau butang Buang data ditekan. Ia tidak ditulis ke cakera.
- Satu-satunya yang disimpan kekal dalam pelayar guru (chrome.storage.local): ayat ulasan/intervensi yang guru sunting sendiri ("Ayat saya"), tetapan Usaha Murid mengikut TP, kiraan giliran ayat, bendera "persetujuan telah dibaca" bagi modul Kehadiran dan PAJSK, dan pilihan pemetaan lajur PAJSK (hanya nama tajuk lajur fail guru, contohnya "Kelab/Unit" dipetakan kepada Aktiviti). Tiada nama, ID atau data murid disimpan. Data ini kekal di peranti guru dan tidak dihantar ke mana-mana. Guru boleh memadamnya dengan butang pulihkan dalam panel atau dengan membuang extension.
- Tindakan yang dimulakan guru sendiri: butang "Muat turun template" menyimpan fail Excel ke peranti guru; "Salin senarai murid kelas" menyalin ID dan nama murid kelas ke papan keratan guru; "Salin diagnostik" menyalin HTML satu baris halaman kehadiran ke papan keratan guru. Semuanya kekal di peranti dan tidak dihantar oleh extension.
Akses laman web
Extension berjalan secara automatik hanya pada https://moeissppb.moe.gov.my/*. Untuk halaman kehadiran yang berada pada alamat lain, extension hanya disuntik pada tab semasa selepas guru menekan ikon extension (kebenaran activeTab). Ia tidak mengakses laman lain.
Tindakan pada halaman dan butang Simpan
- Modul PBD, UASA, Ulasan Guru Kelas dan Kehadiran hanya mengisi medan apabila guru menekan butang Isi. Ia tidak menekan butang Simpan atau Hantar pada halaman. Guru menyemak dan menyimpan sendiri.
- Modul PAJSK mengisi medan apabila guru menekan butang Isi. Ia menekan butang Simpan hanya jika guru menanda kotak "Saya sudah menyemak". Simpan ditekan untuk setiap tab atau aktiviti yang lengkap; yang tidak lengkap tidak disimpan. Selepas menyimpan, ia membaca semula nilai pada halaman dan memaklumkan jika tidak sepadan. Jika medan wajib belum ditanda, ia berhenti dan guru memilih tindakan. Jika tab murid sudah ada data, guru memilih sama ada melangkau (lalai), mengisi medan kosong sahaja, atau menimpa; ia melangkau aktiviti tambahan yang sudah wujud. Tanpa tanda semak, ia tidak menyimpan.
- Guru bertanggungjawab menyemak data sebelum menyimpan dan ke atas data yang dimasukkan.
Kod pihak ketiga
Extension membawa pustaka SheetJS (Apache-2.0) untuk membaca fail Excel. Ia berjalan setempat dan tidak berhubung dengan pelayan luar. Tiada kod jauh dimuat turun.
Hubungi
Ahmad Faqih Pauzi, ahmadfaqihpauzi@gmail.com