Dasar Privasi
Autofill PBD & UASA untuk SPPB ("extension") ialah alat bantu bebas untuk guru. Ia bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Data yang dikumpul
Extension tidak mengumpul, menyimpan atau menghantar sebarang data peribadi atau data murid ke pelayan pembangun atau mana-mana pihak ketiga.
Cara data diproses
- Fail Excel atau CSV yang dipilih guru dibaca sepenuhnya di dalam pelayar pengguna.
- Nama, ID pengenalan, markah dan TP yang dibaca hanya digunakan untuk mengisi halaman SPPB yang sedang dibuka dan dipaparkan dalam panel extension pada skrin pengguna.
- Data ini tidak disimpan selepas halaman ditutup atau dimuat semula dan tidak ditulis ke storan pelayar.
- Extension tidak menggunakan analitik, pengesan atau iklan.
Akses laman web
Extension hanya berjalan pada https://moeissppb.moe.gov.my/*. Ia tidak mengakses laman lain.
Tindakan pada halaman
Extension mengisi medan pada halaman SPPB apabila guru menekan butang Isi. Extension tidak menekan butang Simpan atau Hantar. Guru bertanggungjawab menyemak data dan menyimpannya sendiri.
Kod pihak ketiga
Extension membawa pustaka SheetJS (Apache-2.0) untuk membaca fail Excel. Pustaka ini berjalan secara setempat dan tidak berhubung dengan pelayan luar.
Hubungi
Ahmad Faqih Pauzi, ahmadfaqihpauzi@gmail.com