Berkuat kuasa: 20 November 2026 · Extension Chrome "Slip Generator"
Slip Generator tidak mengumpul, menyimpan di pelayan, menjual atau berkongsi sebarang data peribadi. Semua fail yang anda muat naik dibaca dan diproses sepenuhnya di dalam browser pada komputer anda.
Apabila anda memuat naik fail markah (.xlsx/.csv) atau fail senarai murid, extension membaca nama murid, markah, gred dan, jika ada, nombor kad pengenalan/MyKid. Data ini digunakan semata-mata untuk menjana slip markah dalam format .docx. Data ini tidak dihantar ke mana-mana pelayan, termasuk pelayan pembangun.
Extension menggunakan storan setempat Chrome (chrome.storage.local) untuk menyimpan tetapan anda supaya tidak perlu diisi semula:
Fail markah itu sendiri tidak disimpan; ia perlu dimuat naik semula setiap kali halaman dibuka. Anda boleh memadam semua data tersimpan dengan membuang extension daripada Chrome.
Extension tidak meminta akses kepada laman web, sejarah pelayaran, akaun Google atau Google Drive anda.
Tiada analitik, iklan atau perkhidmatan pihak ketiga. Library yang digunakan (SheetJS, PizZip, docxtemplater) dibundle dalam extension dan berjalan secara setempat.
Sebarang perubahan akan dikemas kini di halaman ini dengan tarikh berkuat kuasa yang baharu.
[NAMA PEMBANGUN] · [EMEL HUBUNGAN]
Slip Generator does not collect, transmit, sell or share any personal data. Files you load (student names, marks, grades and, if present, identity card numbers) are processed entirely inside your browser to generate .docx result slips, and are never sent to any server. Settings (school name, slip title, comment rules and edits, uploaded logo and template) are stored locally with chrome.storage.local and can be removed by uninstalling the extension. Permissions: storage (local settings) and downloads (saving generated slips). No analytics, ads or third-party services are used.
Contact: [NAMA PEMBANGUN] · [EMEL HUBUNGAN]